Resepi Lengkap Nasi Dagang Terengganu

Resepi Lengkap Nasi Dagang Terengganu | Assalammualaikum.. Hai semua, baru kali ni admin berpeluang nak up resepi feberet sebagai orang tganu jati, Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol. Sebenarnya resepi ni mak admin yang buat sendiri pada hari raya ke-3, tapi disebabkan masa yang terhad, baru sekarang admin dapat up kat page admin sendiri Aneka Resepi Masakan untuk semua pengemar Nasi Dagang bersama Kuah Gulai Ikan Tongkol. Boleh la buat untuk open house korang yer.. Selamat mencuba..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah ini...

Sumber : Mak Tersayang (Tengku Fatimah)



Kerana admin lambat nak snap gambar, tengok-tengok mak dah kukus nasi dah. Tapi caranya ada kat bawah yer,,,

Pertama:

UNTUK NASI

1) 2 Kg beras biasa dan rendamkan 2 jam sebelum kukus (pakai beras cap pisang/serindit)
Kalau guna beras lembut 1 jam dah ok..

2) Secawan beras pulut tak perlu rendam dan nak kukus baru campur bersama beras yang direndam tadi dan kukus

3) Kukus sehingga masak separuh dulu/tak nampak bantuk beras dah.. Check selalu



4) Angkat nasi tadi dan masukkan dalam besen (masa ni nasi nampak kering)



5) Masukkan air ke dalam bekas agak-agak nampak basah gitu, dan gaulkan rata.



6) Biarkan seketika (3-5 minit) bagi nasi kembang sikit



7) Masukkan semula dalam bekas pengukus bersama bahan-bahan berikutnya..



8) Masukkan bersama-sama nasi tadi, bahan bahan di bawah:

✔️ Bawang merah saiz sederhana 5 ulas (di mayang halus)
✔️ Halia 3 inci (di mayang halus)
✔️ Halba - 1 sudu makan
✔️ Daun pandan - 3 helai




9) Buat lubang sikit kat tengah, masukkan daun pandan dulu




10) Pastu campuran bawang, halba dan halia



11) Tutup bahan tadi dengan nasi sampai tak nampak



12) Kukus kali ke dua sampai nasi masak




13) Check nasi tadi kalau dah masak dan lembut, angkat dan masukkan dalam bekas,

Campurkan bersama santan dan gaul biar rata, santan tu secukupnya bagi nampak lembab jer..

Sebelum tu, dalam santan tadi, letak sikit garam yer, bagi rasa masin-masin sikit




14) Keadaan selepas di campurkan dengan santan



15) Siapp untuk Nasi Dagang kita..
Jom masak Gulai Ikan Tongkol/Aya 



GULAI IKAN TONGKOL / AYA

1) Ikan tongkol 2 ekor sebab kecik (dikukus bersama asam keping (4 keping)

2) Lengkuas 1 inci - dihiris nipis

3) Gula melaka (3 inci) tujuan nak maniskan isi ikan. Tak nak letak pun takpe

P/s : Mak admin dah kukus awal-awal lagi, malam sebelum tu lagi,., Lagi kaw!!



4) Keadaan ikan lepas dikukus..



5) Bahan:

✔️ 7-8 Ulas bawang merah
✔️ 3-4 biji bawang merah
✔️ Halia

Dikisar bersama..



6) Campurkan dengan rempah gulai khas untuk nasi dagang ( kat ganu banyak jual/boleh juga guna rempah gulai ikan biasa)

Tak sedap tak tahu la yer..huhu



7) Campurkan sedikit air dan kacau rata



8) Panaskan minyak..



9) Masukkan lada kisar 3 sudu makan

10) Masukkan campuran rempah dan bawang



11) kacau rata sehingga naik bau



12) Masukkan santan dan kacau lagi



13) Masukkan 1 sudu serbuk kunyit

14) Masukkan asam jawa saiz besar ibu jari

15) Sedikit gula melaka

16) Garam secukup rasa

17) Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih..



18) Dah mendidih, barulah masukkan ikan yang dah dikukus tadi

19) Campurkan 1 sudu serbuk lada adabi untuk nampak kuah jadi merah.. nampak lazat sikit, 
tak nak letak pun takpe..

20) Biarkan lama sikit, bagi pecah minyak..



21) Masukkan cili padi

22) Biarkan mendidih lama, makin lama makin sedap tauuu..



23) Siap!!!!! Nyummmmm!!!!



ACAR TIMUN

✔️ 3 Batang timun
✔️ 1/2 lobak merah
✔️ 1 biji cili besar
✔️ 2 biji bawang merah saiz sederhana

1) Potong bawang, lobak, cili dan bawang seperti dalam gambar, campurkan bersama cuka, sedikit garam dan sedikit air. Rasa, dan campurkan garam or air ikut selera masing-masing



Gabungkan semua... Selamat menjamu selera.. 


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Lengkap Nasi Dagang Terengganu"

Post a Comment